MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BANJIR BALING, KEDAH

blank

Musibah banjir besar di Baling,Kedah

Lewat petang semalam, kami menerima perkhabaran sedih dari sahabat sukarelawan Yayasan Food Bank Malaysia di Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas Mukim Kupang yang sedang diuji dengan musibah banjir besar. Rumah mereka ditengelami air dan ada di antaranya yang musnah dibawa arus banjir yang sangat deras serta berlumpur. Kami dimaklumkan banjir kali ini berbeza kerana ada kawasan yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini juga turut terjejas ditenggelami air.

Simpati terhadap nasib mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan dengan segera, hari ini Yayasan Food Bank Malaysia mengambil tindakan proaktif untuk melancarkan Tabung Kecemasan Bencana Mangsa Banjir Baling Kedah bagi membantu mengumpulkan sumbangan dari segi wang tunai dan barangan keperluan untuk diagihkan segera kepada mereka.

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan kepada kami melalui akaun :

Yayasan Food Bank Malaysia,
Maybank
5660 1063 0584
Ref : BanjirBaling

Bagi sumbangan berbentuk barangan keperluan, sumbangan anda boleh dihantar terus ke Pejabat Yayasan Food Bank Malaysia di alamat No. 8, Jalan BA4/1, Kawasan Perindustrian Bukit Angkat 4, Kajang, Selangor. 

#berpakatkitabantumasyarakat
#togetherwefeedthecommunity
#tabungkecemasanbencanabaling
#yayasanfoodbankmalaysia

BAGAIMANA UNTUK MENDERMA?

Kaedah DuitNow QR

Kaedah Manual Transfer

Kaedah BillPlz

Cara tuntutan Resit Pengecualian Cukai

Spread our effort to your friends.