Ekspedisi Bantuan Orang Asli di Gua Musang

Misi membawa 300 pek bekalan makanan dan peralatan kebersihan kepada 4 buah kampung Orang Asli di Gua Musang, Kelantan. Barangan bantuan ini disumbang oleh Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Yayasan Yara (YARA) serta Sahabat Jariah Malaysia (SJM). Misi ini juga di bantu oleh pasukan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia cawangan Gua Musang, Kelantan. Misi berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 & 8 Ogos 2021. Semoga bantuan ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada warga Orang Asli di Gua Musang.
Destinasi 1 : Kg Machang
Destinasi 2 : Kg Pasir Linggi
Destinasi 3 : Kg Kuala Koh
Destinasi 4 : Kg Aring 5
Yayasan Food Bank Malaysia sentiasa mengalu-alukan individu mahupun organisasi yang berhajat untuk berkolaborasi dalam menjalankan aktiviti kebajikan di seluruh Malaysia
“Bersama Bantu Masyarakat”
 
#YFBM #KitaJagaKita #YARA #SahabatJariahMalaysia #GuaMusang #OrangAsli
Share to others!
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram