‘Terima Kasih kerana sudi bantu kami. Alhamdulillah, ada stok makanan untuk kami makan dalam beberapa minggu ini’
Itu antara bait-bait ayat yang diungkapkan oleh penerima misi bantuan ini sewaktu kami berkunjung ke rumah mereka. Selain pengagihan bantuan secara pandu lalu, Team YFBM bersama Sahabat Jariah Malaysia juga turut turun padang melakukan ziarah rumah ke rumah di kawasan Nenasi, Pekan Pahang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan YFBM tajaan AIA Public Takaful bersama Surau Cahaya SPK Seksyen U9 Shah Alam.
Kami telah menziarahi 20 buah rumah di kawasan Nenasi dan 16 buah rumah di kawasan Merchong. Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, namun ianya memberi makna yang cukup besar buat keluarga-keluarga yang kami kunjungi.
Terima kasih kepada Surau Cahaya Spk yang prihatin dan sudi berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
More Post..

Food Bank Lestari AIA Public Takaful at Kota Damansara
Yayasan Food Bank Malaysia September 30, 2022
A big thank you to our main sponsor AIA PUBLIC Takaful for your most generous donation. Your contribution is greatly appreciated. It means a lot

Kursus CDERT YFBM Bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Yayasan Food Bank Malaysia November 5, 2022
Selama 2 hari, YFBM menyertai kursus yang dijalankan oleh pihak APM untuk belajar mengenai bantuan kecemasan awal, berkawad kaki, melawan kebakaran dan juga beberapa teknik

Sesama Mara, Box Of Hope di Pangsapuri Perepat Indah Kapar.
Yayasan Food Bank Malaysia August 16, 2022
Terima kasih Air Selangor dan Village Grocer atas sumbangan berterusan makanan penting untuk waris kami. Sebanyak 120 kotak makanan telah dihantar kepada keluarga B40 di