FOOD BANK LESTARI SUMBANGAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)
5 Nov 2023 – Program Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawab Bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) & Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) di Gugusan Kepulauan Tumpat, Kelantan.
Program ini diadakan di Masjid Al-Ahmadiah, Mukim Teluk Renjuna, Tumpat, Kelantan. Sebanyak 200 set makanan asas sumbangan SKMM telah diagihkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, En. Johan Bin Halid kepada penerima-penerima yang telah disenaraikan. Selain itu, Pengarah APM Negeri Kelantan, YS Kol. (PA) Mohd Adzhar Bin Mujab juga memberi taklimat kesiapsiagaan bencana dan beberapa informasi penting menghadapi banjir.
Turut hadir bersama adalah Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, Hj. Nik Mohd Noor Bin Nik Ishak, Timb. Presiden POKB, Prof. Dato’ Abdul Aziz Ab Latif, Timb. Pengarah APM Negeri Kelantan, Lt.Kol (PA) Mohd Zulkhairi Bin Shamsuddin, Pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, dan Penghulu Mukim Teluk Renjuna, En. Hadi Bin Hassan.
Semoga jalinan kerjasama dan kolaborasi ini terus memberi manfaat kepada masyarakat.
Berpakat Bantu Masyarakat.
(1/2)
5 Nov 2023 – Program Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawab Bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) & Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) di Gugusan Kepulauan Tumpat, Kelantan.
YFBM bersama agensi yang terlibat turut menziarahi 13 buah rumah di Pulau Che Soh & Pulau Timun untuk mengagihkan barangan sumbangan. Selain set makanan asas, ‘Ready2Go Bag’ juga diberikan sebagai persediaan menghadapi bencana.
‘Ready2Go Bag’ adalah beg kecemasan bencana yang mempunyai beberapa alatan penting seperti wisel, lampu suluh, kit perubatan kecemasan, power bank, kit kebersihan diri, air mineral serta boleh mengisi dokumen-dokumen penting dan wang tunai. Sekiranya berlaku bencana, mereka boleh membawa beg ini bersama untuk ke kawasan yang lebih selamat atau ke Pusat Pemindahan Sementara(PPS) sebelum boleh pulang ke rumah.
Jutaan Terima Kasih kepada semua penyumbang dan semua yang terlibat. Semoga jalinan kerjasama dan kolaborasi ini terus memberi manfaat kepada masyarakat.
Berpakat Bantu Masyarakat!
(2/2)
Share our story!
Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
More Post..

Food Bank Relief Xiaomi – Taman Sri Muda Shah Alam
Yayasan Food Bank Malaysia
April 1, 2022
Read More »

National Kidney Foundation (NKF) bekerjasama dengan YFBM untuk sumbangkan bekalan makanan kepada pesakit dialisis
Yayasan Food Bank Malaysia
February 8, 2023
Read More »
