(Hari 2) Semarak Merdeka 66

Semarak Merdeka 66 hasil kerjasama YFBM dan Srikandi Hasil Putrajaya diteruskan pada hari kedua. Kali ini, misi dijalankan di Kg Air Papan, Mersing Johor.

Seramai 100 penerima dimanfaatkan dengan menerima bekalan makanan asas, kit kebersihan diri, dan juga roti buku Gardenia beserta kaya. Lagu Jalur Gemilang dimainkan dan dinyanyikan oleh para penerima sambil mengibarkan Jalur Gemilang untuk menaikkan semangat patriotik kepada Malaysia.

Sesi serahan kali ini dihadiri oleh Ketua Pengarah Hasil Putrajaya, Dato’ Abdul Khalid bin Yunus, Presiden Srikandi Hasil Putrajaya dan CEO YFBM, Encik Johan Halid untuk menyantuni penerima disini.

Kaedah pandu lalu digunakan semasa sesi serahan untuk memudahkan penerima. Selain itu, kami juga berkesempatan untuk menziarahi dan menghantar sendiri bekalan ini kepada 3 penerima yang uzur sambil ditemani para tim daripada penyumbang, Srikandi Hasil Putrajaya.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Srikandi Hasil Putrajaya sebagai penyumbang utama, Gardenia Malaysia penyumbang untuk roti Gardenia & Kaya dan Jawatankuasa Kg Air Papan yang bertungkus lumus menjayakan misi ini.
Di kesempatan ini, kami seluruh warga Yayasan Food Bank Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia!🇲🇾

Berpakat Bantu Masyarakat.
Semarak Merdeka 66 diteruskan pada bahagian petang hari kedua. Sesi agihan untuk misi kali ini dijalankan di Pejabat Persatuan Nelayan Kuala Rompin, Pahang.
Seramai 99 penerima dapat dimanfaatkan melalui misi ini. Penerima kebanyakannya terdiri daripada nelayan nelayan laut.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi Semarak Merdeka 66.

Berpakat Bantu Masyarakat. 🇲🇾
 

Share our story!

Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need

More Post..