KAJANG > GERIK > PULAU TUJUH > SEMELOR > RPS DALA > ULU LAWIN (Hari Pertama)
Bermula dari Kajang, kami bergerak ke Gerik untuk memulakan misi Jelajah Tengkujuh Perak 2022 yang pertama. Sasaran utama bantuan kemanusiaan Yayasan Food Bank Malaysia dalam program jelajah tengkukuh, adalah dari kalangan penoreh getah, nelayan, petani dan Orang Asli. Komuniti inilah antara yang paling terkesan kehidupan mereka apabila tiba musim tengkujuh. Tidak dapat bekerja, tiada pendapatan dan terputus bekalan makanan.
Perjalanan misi kali ini agak mencabar dimana kami perlu masuk kedalam kampung dengan menggunakan lebih kurang 10 kenderaan 4×4 disebabkan jalan yang tidak rata, ditemani hujan yang kadang menyukarkan lagi perjalanan kami untuk menghantar terus bantuan bekalan makanan ini kepada penerima. Lokasi yang terlibat merupakan Pulau 7, Kg Semelor, Bukit Nangka, Bukit Ladoy, Sg Urat, Sg Untung 5, Sg Untung 9 dan Tokong.
Misi Jelajah Tengkujuh Perak kali ini, CIMB Foundation menjadi penyumbang utama. Cimb Foundation telah menaja kotak makanan dan beras 10kg yang berjumlah sebanyak 512 set. Selain itu, Mr DIY turut menyumbang pek kebersihan diri untuk penerima. Kami mendapat kerjasama yang baik daripada Tok Batin atau Ketua Kampung bagi setiap kawasan untuk memudahkan sesi penyerahan sumbangan.
Misi kali ini tidak dapat berjalan dengan baik jika tidak mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Terima kasih kami ucapkan. Berpakat kita Bantu Masyarakat.
Misi kali ini tidak dapat berjalan dengan baik jika tidak mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Terima kasih kami ucapkan.
Berpakat kita Bantu Masyarakat.
More Post..

Deepavali bersama Xiaomi & YFBM
3 November 2021 – Yayasan Food Bank Malaysia bersama-sama penaja utama, Xiaomi Malaysia telah menyantuni 100 keluarga di Flat Seri Perantau, Pelabuhan Klang. Sebanyak 100

Universiti Utara Malaysia (UUM) Food Bank Siswa Program Launching

Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Food Bank Siswa Program Launching
KERAJAAN akan perluaskan Program Food Bank Siswa ke semua pusat pengajian tinggi swasta, kolej komuniti, sekolah agama dan institut pendidikan guru di seluruh negara bermula