Kunjungan hormat YFBM ke Pejabat Panglima Angkatan Tentera Malaysia

Pada 20 Julai 2023, YFBM telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Panglima Angkatan Tentera Malaysia di Kuala Lumpur.

Bersama kami, YAM Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Binti Sultan Sharafuddin Idris Shah bertemu dengan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen. Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Bin Buang bagi membincangkan hala tuju dua pihak dalam membantu mereka yang memerlukan.
Kunjungan hormat ini turut dihadiri En Johan Halid selaku CEO YFBM, Mej. Jen. Dato’ Haji Mohd Rashidi Bin Bujai dan Mej. Jen. Abdul Aziz Bin Abu Hassan

Terima kasih kerana memberi kami peluang untuk kunjungan hormat ini. Diharapkan dengan kerjasama yang terjalin antara dua pihak ini, dapat membantu lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang memerlukan.

Berpakat Bantu Masyarakat

Share our story!

Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need

More Post..