Lebih 900 Individu Dibantu Melalui Food Bank Runcit

blank
blank

“TERIMA KASIH KERANA BANTU KAMI, KAMI SEKELUARGA DAH 3 HARI TAK MAKAN”
Ini antara bait bait ayat yang kami terima sepanjang 900 Individu yang telah dibantu melalui Food Bank Runcit.

Apa itu Food Bank Runcit? Food Bank Runcit merupakan program yang dijalankan oleh YFBM untuk membantu individu memerlukan yang melakukan permohonan melalui laman sesawang atau media sosial YFBM. Mereka yang memohon akan diberikan satu kotak makanan yang mengandungi makanan asas dan beras yang boleh bertahan dua hingga 3 minggu. Hampir 900 individu telah berjaya dibantu melalui bantuan dan derma yang anda sumbangkan selama ini.

Tetapi apakan daya, kami memerlukan dana untuk terus menjayakan program ini kerana permintaan yang terlalu tinggi. Mereka yang memerlukan ini perlu dibantu, dan berhak dibantu oleh anda. Sama sama kita membantu mereka yang memerlukan. Dengan RM5 yang anda salurkan, dapat menyediakan makanan untuk mereka yang sangat memerlukan. Ayuh bersama sama YFBM dalam menjayakan Food Bank Runcit ini.

Anda yang ingin memohon dan menyumbang, boleh layari www.yfbm.org/food-bank-runcit/
untuk maklumat yang lebih lanjut.

Berpakat Bantu Masyarakat.

#YFBM #FoodBankRuncit

 

Share our story!

More Post..

blank

Hari Usahawan Perkep IPD Kajang 2020

Hari Usahawan PERKEP IPD Kajang 2020 Perkep IPD Kajang telah menganjurkan hari usahawan bersama warga IPD Kajang dan penyerahan sumbangan berbentuk barang-barang kering dari @Yayasan

Read More »