Literasi Kelas Rimba Bateq- Minggu 27/50

Literasi Kelas Rimba Bateq kini berada di minggu ke 27. Anak anak ini sudah mula menunjukkan minat untuk belajar dengan lebih tekun demi masa depan mereka.
Para cikgu pula bertungkus lumus untuk menarik minat anak anak ini untuk belajar dengan menyediakan pelbagai cara pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

Anak anak Bateq ini turut dilawati oleh tim daripada Hospital Orang Asli Gombak untuk membantu mereka mengenali jenis ubat ubatan yang diberikan kepada mereka. Anak anak ini juga mendapat pemeriksaan dan rawatan untuk kulit.
Selain daripada sesi pembelajaran, anak anak ini juga diajar cara untuk membersihkan diri dengan betul seperti memberus gigi, mencuci rambut dan sebagainya.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Literasi Kelas Rimba Bateq ini.

Untuk pengetahuan, Literasi Kelas Rimba Bateq merupakan misi untuk memberikan pendedahan awal kepada anak anak Bateq untuk menulis, membaca dan mengira. Misi ini didayakan oleh Yayasan Hasanah dan akan berjalan selama 50 minggu.

Berpakat Bantu Masyarakat 🇲🇾

 

Share our story!

Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need