Mesyuarat bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah

YFBM dan Sekretariat Food Bank Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dijemput untuk sesi kunjungan ke Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi membincangkan hala tuju dalam membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.
Mesyuarat perbincangan ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Haji Zakaria Bin Othman.

Untuk sesi kunjungan ini, Sekretariat Food Bank Malaysia diwakili oleh En Muhammad Hanif Asa’ari, Pengarah Sekretriat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan KPDN dan daripada YFBM pula, En Johan Halid selaku Ketua Pegawai Eksekutif YFBM.
Turut hadir, En Affendi Rajini Kanth, Pengarah KPDN Kedah.

Diharapkan dengan pertemuan dua pihak ini, lebih ramai rakyat Malaysia dapat dibantu.

Berpakat Bantu Masyarakat 🇲🇾
 

Share our story!

Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need