1000 bag bantuan makanan “Ready to Eat” selamat disumbangkan kepada mangsa banjir di Kelantan melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir 2022 – Kelantan. Bag sumbangan makanan ini disumbangkan di dua tempat iaitu Kg Merabang, Machang dan SK Alur Pasir, Tanah Merah.
Turut hadir, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Kementerian Dalam Negeri untuk sesi sumbangan kepada mangsa banjir disini. Misi kali ini, kami mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri untuk menyempurnakan sesi penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir.
Kami berterima kasih kepada penyumbang-penyumbang untuk misi kali ini terutamanya Nestle Malaysia, Mr DIY, Mamee Malaysia dan Gardenia yang komited dalam menaja misi kali ini.
Diharapkan dengan bantuan sumbangan makanan ini, dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir.
Berpakat kita Bantu Masyarakat 

More Post..

Jelajah Tengkujuh Perak 2022
Yayasan Food Bank Malaysia December 19, 2022
JELAJAH TENGKUJUH PERAK 2022 – BAHAGIAN 1 KAJANG > GERIK > PULAU TUJUH > SEMELOR > RPS DALA > ULU LAWIN (Hari Pertama) Bermula dari

CSR Care with Connell Malaysia
Admin Yayasan Food Bank Malaysia October 9, 2020
CSR Care with Connell Malaysia Covid-19 pandemic that hit our country has impacted many communities in Malaysia. Connell Malaysia is very concern about the issue

Pembelian panik berakhir di tapak pelupusan sampah
Admin Yayasan Food Bank Malaysia October 20, 2020
SERING kali kita mendengar rungutan orang ramai terhadap kesukaran mendapatkan makanan seperti roti, air mineral, beras dan telur sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apatah