Misi Bantuan Pasca Banjir di Kelantan kini bergerak ke Fasa 4 yang dijalankan di Tumpat, Kelantan. Misi kali ini, YFBM bekerjasama dengan APM Negeri Kelantan (Tumpat & Gua Musang) untuk melaksanakan sesi pengagihan ke 10 penerima yang terpilih.
10 penerima bantuan kali ini terdiri daripada beberapa buah kampung di Mukim Kelaboran & Mukim Kedai Geting iaitu :
i. Kg. Kelaboran
ii. Kg. Kok Kebit
iii. Kg. Pengkalan Nangka
iv. Kg. Geting Raja
v. Kg. Pantai Geting
vi. Kg. Geting
Misi kali ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah APM Negeri Kelantan Lt. Kol (PA) Mohd Zulkhairi Bin Shamsuddin, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tumpat Leftenan (PA) Mohd Fuad Bin Ismail, Penggawa Mukim, Tok Penghulu Kampung dan Anggota APM.
Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Angkatan Pertahanan Malaysia Kelantan yang sentiasa komited dalam memberikan kerjasama sepanjang berjalannya Misi Bantuan Pasca Banjir di Kelantan ini.
Berpakat kita Bantu Masyarakat 

More Post..

Majlis Serahan Ready-To-Eat Pack di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Yayasan Food Bank Malaysia
February 21, 2023
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, En Johan Halid telah menghadiri Majlis Serahan Ready-To-Eat Pack kepada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi di Fakulti Sains

IGS Food For Change | Rumah Perlindungan Nur Hati
Yayasan Food Bank Malaysia
June 8, 2022
YFBM collaborated with Integrated Global Solutions to jointly care for the children who were at the Rumah Perlindungan Nur Hati in Ampang yesterday.Through the collaboration

Box of Hope Sesama Mara oleh Air Selangor di PPR Kerinchi di Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Yayasan Food Bank Malaysia
July 29, 2023
Box of Hope Sesama Mara oleh Air Selangor kali ini berkesempatan untuk menyantuni penduduk di PPR Kerinchi di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Program kali ini