Pelancaran Food Bank Komuniti KAWAN@Simpang Renggam

19 September 2021 – Food Bank Komuniti KAWAN@Simpang Renggam ini merupakan tajaan terus daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Setakat ini, sebanyak tujuh (7) buah Food Bank Komuniti telah ditubuhkan di seluruh Malaysia termasuklah di daerah Lumut, Simpang Renggam, Gopeng, Kota Damansara, Baling, Lembah Pantai dan Kuala Tahan.

Food Bank Komuniti di Simpang Renggam ini telah beroperasi selama dua bulan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam. Food Bank Komuniti ini beroperasi menggunakan konsep “ambil sekadar perlu, derma andai mampu”.

YFBM akan membantu dari segi bekalan barangan keperluan asas dalam tempoh 3 hingga 6 bulan bergantung kepada dana penajaan yang dianggarkan sekitar RM50,000. Sepanjang tempoh itu, YFBM akan memberikan khidmat nasihat kepada setiap pihak pengurusan Food Bank Komuniti untuk mencari tajaan sendiri dari syarikat korporat setempat.

Food Bank Komuniti KAWAN@Simpang Renggam ini diuruskan oleh badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak dan Wanita (KAWAN).

YFBM turut berharap agar lebih ramai lagi Food Bank Hero daripada syarikat pengilang, pemborong makanan, pasar raya besar, industri hotel dan syarikat korporat untuk tampil kehadapan bagi membantu usaha murni ini.

#TogetherWeFeedTheCommunity #FoodBankKomuniti #FoodBank #YFBM #YayasanFoodBankMalaysia #SimpangRenggam

Share to others!
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram