Pelancaran Food Bank Komuniti Kuala Tahan

11hb September 2021 – Demi mewujudkan rantaian bekalan makanan yang mudah diakses oleh komuniti setempat secara percuma, Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melancarkan satu Food Bank Komuniti bertempat di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.

Setakat ini, sebanyak tujuh (7) buah Food Bank Komuniti telah ditubuhkan di seluruh Malaysia termasuklah di daerah Lumut, Simpang Renggam, Gopeng, Kota Damansara, Baling, dan Lembah Pantai dan yang terakhir adalah di Kuala Tahan.

Food Bank Komuniti Kuala Tahan ini merupakan tajaan daripada DRB-HICOM Berhad. DRB-HICOM Berhad akan menaja Food Bank Komunit i ini selama 3 bulan.Food Bank Komuniti ini beroperasi menggunakan konsep “ambil sekadar perlu, derma andai mampu”.

YFBM & syarikat korporat akan membantu dari segi bekalan barangan keperluan asas dalam tempoh 3 hingga 6 bulan bergantung kepada dana penajaan dari syarikat korporat yang dianggarkan sekitar RM50,000. Sepanjang tempoh itu, YFBM akan memberikan khidmat nasihat kepada setiap pihak pengurusan Food Bank Komuniti untuk mencari tajaan sendiri dari syarikat korporat setempat.

YFBM turut menyalurkan 128 pek sumbangan untuk penduduk setempat. Pek ini terdiri daripada barangan makanan dan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan sebagainya. Jutaan terima kasih kepada DRB-HICOM kerana memberi tajaan kepada Food Bank Komuniti Kuala Tahan.

YFBM turut berharap agar lebih ramai lagi Food Bank Hero daripada syarikat pengilang, pemborong makanan, pasar raya besar, industri hotel dan syarikat korporat untuk tampil kehadapan bagi membantu usaha murni ini. #TogetherWeFeedTheCommunity #YayasanFoodBankMalaysia #FoodBankKomuniti #YFBM

Share to others!
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram