Program Dakwah Kawasan Operasi (PRODAKSI) 2023

Program Dakwah Kawasan Operasi (PRODAKSI) 2023
YFBM amat berbesar hati dapat bekerjasama di dalam Program Dakwah Kawasan Operasi (PRODAKSI) Tahun 2023 anjuran Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Taqwa MAIWP, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) & agensi-agensi lain yang terlibat.

PRODAKSI ini berlangsung selama lima hari dari 16 – 20 Oktober 2023 bertempat di Wilayah Persekutuan Labuan & Kalabakan, Sabah. Objektif PRODAKSI adalah untuk menyantuni dakwah santai dan bergerak kepada anggota ATM di kawasan operasi dan memberi manfaat serta impak yang maksima positif kepada masyarakat awam setempat.
Seramai 37 anggota tentera termasuk kakitangan daripada MAIWP, Yayasan Taqwa & YFBM diterbangkan ke Sabah untuk misi ini. Mengetuai delegasi PRODAKSI 2023 adalah Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam.

Barang-barang sumbangan kepada 600 penerima dibawa menaiki kapal terbang C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pengkalan Udara Subang ke Pengkalan Udara Labuan & Lapangan Terbang Tawau, Sabah.

(1/3)

Antara program yang dilaksanakan bersama masyarakat setempat Kalabakan ialah Kuliah Maghrib dan Subuh di Masjid Al-Muqarrabah serta Masjid Nurul Iman, Forum Perdana Cinta Rasul, Pertandingan Nasyid, Persembahan Nasyid Fursan KAGAT, Ziarah Dakwah dan Penyampaian sumbangan melibatkan golongan asnaf, Kelas Saudara Baharu, Kelas Fardu Ain, Kelas Pengurusan Jenazah, Gotong Royong bersama masyarakat dan Jamuan Rakyat.

Aktiviti yang dijalankan sangat memberi impak yang positif dari aspek kerohanian kepada masyarakat di Kalabakan, Sabah.

(2/3)
 
Di samping itu, PRODAKSI turut melaksanakan program di KTJ OP BALASAH yang melibatkan pos-pos penempatan tentera dengan menempatkan Dai Medan KAGAT untuk melaksanakan program keagamaan bersama anggota ATM di kawasan operasi. Antara pos-pos penempatan tentera yang terlibat ialah Pos Serudung, Pos Luis, Pos Felda Selatan, Pos Brantian & Pos Kalabakan.
Penyampaian sumbangan wang tunai daripada Yayasan Taqwa & barangan ‘Surplus’ daripada YFBM untuk surau pos penempatan tentera turut diserahkan oleh pegawai yang terlibat.

Jutaan Terima Kasih kepada semua penyumbang. Semoga dengan perlaksanaan PRODAKSI 2023 yang bersifat kolaboratif tahunan ini memberikan impak yang positif kepada usaha dakwah bergerak terhadap anggota ATM yang sedang melaksanakan tugas operasi dan juga kepada masyarakat setempat.

Berpakat Bantu Masyarakat! 🇲🇾

(3/3)

Share our story!

Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need