Ramadan Kasih
Marilah kita bersama-sama merebut ganjaran pahala beramal di bulan Ramadhan ini disamping meraikan insan-insan yang memerlukan.
Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba malam pertama Ramadan, seruan (dari langit) menyeru : ‘Wahai orang yang ingin berbuat kebajikan, teruskanlah (mara berbuat kebajikan). Wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah SWT melepaskan ramai orang dari neraka.’ Seruan itu dibuat setiap malam.”


Antara sumbangan yang akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan ialah agihan BAKUL MAKANAN. Setiap bakul makanan akan mengandungi bahan makanan asas seperti beras, gula, tepung gandum, bihun, biskut, kopi dan sebagainya.
Dengan sokongan dan sumbangan anda, ia dapat membantu banyak pihak yang memerlukan di bulan Ramadan ini InsyaAllah.
BAGAIMANA UNTUK MENDERMA?
Kaedah DuitNow QR
- Imbas Kod RamadanQR dengan Pengimbas QR Aplikasi Bank anda ATAU
- Tangkap layar Imej RamadanQR dan "imbas dari galeri anda" daripada aplikasi bank anda
- Masukkan jumlah yang ingin anda dermakan
- Untuk memohon Tuntutan Resit Pengecualian Cukai, sila tekan butang "Tuntutan Resit Pengecualian Cukai" di bawah. Sila simpan bukti/resit transaksi untuk dimuat naik semasa mengisi borang permohonan
Kaedah BillPlz
- Klik butang "Derma Sekarang" di bawah untuk menderma melalui "merchant site" kami (BillPlz)
- Isikan butiran yang diperlukan
- Gunakan "Ramadan Kasih" sebagai kod rujukan

RamadanQR
Cara tuntutan Resit Pengecualian Cukai
- Pastikan anda menyimpan bukti transaksi yang dilakukan untuk dimuat naik semasa permohonan
- Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan benar untuk rujukan kami
*Gunakan “RamadanKasih” sebagai rujukan transaksi