
Sempena Hari Malaysia yang akan tiba, YFBM dengan kerjasama Srikandi Hasil Putrajaya mengadakan satu program Semarak Merdeka yang diadakan di Kg Tenglu Besar, Mersing, Johor.
Seramai 100 penerima dimanfaatkan dengan menerima bekalan makanan asas, kit kebersihan diri, dan juga roti buku Gardenia beserta kaya. Lagu Negaraku dan Jalur Gemilang dimainkan dan dinyanyikan oleh para penerima untuk menaikkan semangat patriotik kepada Malaysia
Kaedah pandu lalu digunakan semasa sesi serahan untuk memudahkan penerima. Selain itu, kami juga berkesempatan untuk menziarahi dan menghantar sendiri bekalan ini kepada 3 penerima yang uzur sambil ditemani tim daripada penyumbang, Srikandi Hasil Putrajaya.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Srikandi Hasil Putrajaya sebagai penyumbang utama, Gardenia Malaysia penyumbang untuk roti Gardenia & Kaya dan JPKK Kg Tenglu Besar.
Berpakat Bantu Masyarakat.
Share our story!
Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
More Post..

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Food Bank Siswa Program Launching
Admin Yayasan Food Bank Malaysia
September 19, 2019
Read More »

