Program serahan bantuan hari kedua diteruskan kepada 100 orang penerima di Padang Lapang Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah.
Untuk misi kali ini, kami mendapat kerjasama daripada Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia yang diwakili oleh Dato’ Dr.Mashitah Binti Ibrahim. Tidak lupa juga kerjasama daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Misi kali ini juga turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, En. Johan Halid.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Berpakat Bantu Masyarakat 

Program Bantuan Kemanusiaan Semarak Merdeka 66 Bersama Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd di Karangan, Kedah.
Program terakhir serahan bantuan kali ini diteruskan kepada 100 orang penerima di Dewan Kenduri Kg Banggol Penyengat, Karangan, Kedah. Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) merupakan penyumbang utama bagi misi kali ini.
Kami mendapat kerjasama daripada NGO I-Care Kulim dan pelajar-pelajar dari UniKL MSI. Tidak lupa juga kerjasama daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia cawangan Putrajaya (APM).
Serahan kali ini juga turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YFBM, Dato’ Azizan Abu Taat, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, En. Johan Halid serta En. Azhar Abd Hadi, Pengurus Kemudahan Perniagaan KTPC.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Berpakat Bantu Masyarakat 

Share our story!
Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
More Post..


Kursus CDERT YFBM Bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Yayasan Food Bank Malaysia
November 5, 2022
Read More »

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh Food Bank Siswa Program Launching
Admin Yayasan Food Bank Malaysia
March 23, 2019
Read More »