Senyum Syawal

blank

Setelah berpenat lelah melakukan segala amal ibadah yang dituntut sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak yang lalu, kini tiba hari kemenangan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Dalam kita bergembira menyambut Aidilfitri, namun bagi sebahagian rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan, bulan Syawal sering kali menjadi lebih sukar kerana mereka tiada kemampuan untuk membeli makanan dan kelengkapan yang mencukupi bagi menyambut Aidilfitri seperti insan yang lain.

Justeru, kami ingin memohon sumbangan ikhlas anda untuk diagihkan kepada mereka yang terkesan dalam usaha untuk membantu mereka menyambut Aidilfitri dan diharapkan dapat meringankan beban mereka pada bulan yang mulia ini.

blank

Syeikh Usman al-Khaubari menyebut dalam kitab Durratun Nasihin: Bersungguh-sungguhlah kamu semua pada hari Raya Aidilfitri dengan bersedekah dan amalan-amalan yang baik, yang bagus daripada solat, zakat, tasbih, tahlil kerana sesungguhnya hari ini Allah swt mengampuni dosa kamu, mengabulkan doamu dan melihat kamu semua dengan kasih sayang”

Kempen Senyum Syawal YFBM adalah bertujuan untuk memberikan kegembiraan kepada golongan yang kurang bernasib baik di Malaysia, dengan membantu menyediakan bekalan makanan asas dan keperluan untuk mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti insan yang lain.

blank

Antara sumbangan yang akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan ialah agihan BAKUL MAKANAN AIDILFITRI. Setiap bakul makanan akan mengandungi bahan makanan asas seperti beras, gula, tepung gandum, ketupat mini, biskut, dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat untuk turut serta dalam kempen Senyum Syawal YFBM ini, anda boleh menderma dengan klik butang di bawah.

BAGAIMANA UNTUK MENDERMA?

Kaedah DuitNow QR

Kaedah BillPlz

blank

SenyumSyawalQR

Cara tuntutan Resit Pengecualian Cukai

*Gunakan “SenyumSyawal” sebagai rujukan transaksi.

Share our journey!