Pihak YFBM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, En. Johan Halid telah dijemput menghadiri Program Siswi Helping Kit anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung di Persada FST, UKM Bangi.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Prasiswazah, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Aida. Turut berlangsung pada program ini ialah ceramah tentang kesihatan wanita oleh Dr Nurul Wahidah dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Program ini diadakan sempena Minggu Kesihatan Wanita Kebangsaan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswi di FST tentang kesihatan dan kebersihan wanita.
Program ini juga bertujuan untuk menjaga kebajikan mahasiswi di FST dengan meletakkan kit penjagaan diri di tandas-tandas wanita yang terdapat di seluruh bangunan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.
Antara barang sumbangan dari pihak YFBM adalah syampu, sabun mandian, hand sanitizer dan berus gigi.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan di masa akan datang dan memberi manfaat kepada para mahasiswi di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.
Berpakat Bantu Masyarakat.
#yfbm
Share our story!
Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
More Post..

FOOD BANK HOT MEALS WITH TEXAS CHICKEN
28 Oct 2024 – In conjunction with Deepavali, Team YFBM visited Pusat Jagaan Beribuan Kasih, where we shared festive warmth and joy with both children


Bantuan ke Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Putra Heights dan Surau Nurul Islah di Bukit Lanchong
Sukarelawan YFBM hari ini, 22 Disember 2021 telah melaksanakan misi di beberapa lokasi yang terkesan dengan bencana banjir. Antaranya: 1. Menyampaikan bantuan bekalan makanan di Pusat