Pihak YFBM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, En. Johan Halid telah dijemput menghadiri Program Siswi Helping Kit anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung di Persada FST, UKM Bangi.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Prasiswazah, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Aida. Turut berlangsung pada program ini ialah ceramah tentang kesihatan wanita oleh Dr Nurul Wahidah dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Program ini diadakan sempena Minggu Kesihatan Wanita Kebangsaan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswi di FST tentang kesihatan dan kebersihan wanita.
Program ini juga bertujuan untuk menjaga kebajikan mahasiswi di FST dengan meletakkan kit penjagaan diri di tandas-tandas wanita yang terdapat di seluruh bangunan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.
Antara barang sumbangan dari pihak YFBM adalah syampu, sabun mandian, hand sanitizer dan berus gigi.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan di masa akan datang dan memberi manfaat kepada para mahasiswi di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.
Berpakat Bantu Masyarakat.
#yfbm
Share our story!
Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
More Post..
Selamat Hari Bapa 2023
Selamat Hari Bapa Ikhlas daripada kami, seluruh warga Yayasan Food Bank Malaysia Berpakat Bantu Masyarakat #YFBM Share our story! Lend your Help! Every RM5 You
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM) Food Bank Siswa Program Launching
KUALA LUMPUR 3 Mei – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur menggunakan sistem imbasan muka bagi mengenal pasti penerima yang layak untuk sumbangan program
Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Tengkujuh Negeri Sembilan Siri 2 Hari Ke-dua
Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Tengkujuh Negeri Sembilan Siri 2 Hari Ke-dua (2). YFBM meneruskan bantuan Negeri Sembilan di lokasi Kg. Terusan Ulu, Juaseh. Turut bekerjasama dalam