Muchico Bakery Sdn Bhd (7 Days) menyumbang 300 pek roti croissant kepada YFBM

YFBM telah menerima sumbangan sebanyak 300 pek kroisan 7DAYS daripada pihak Muchico Bakery Sdn Bhd selaku pengedar utama produk 7DAYS di Malaysia. Sumbangan ini adalah hasil undian orang ramai yang telah mengundi YFBM dalam Kempen CSR Pop Ceria Raya bersama 7DAYS yang telah berlangsung sepanjang bulan ramadan.
 
Majlis serahan ringkas telah diadakan di pejabat YFBM dengan sumbangan kroisan diserahkan kepada Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia oleh wakil Muchico Bakery Sdn Bhd.
Semoga usaha ini dapat membantu lebih ramai penerima bantuan dari golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bekalan makanan asas.

Berpakat Bantu Masyarakat.

Share our story!

Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need

More Post..

Thank You Dominos Pizza!

Previous Next THANK YOU DOMINO’S PIZZA! A total of 40 personal pizzas were donated by Domino’s Pizza Malaysia to the Rumah Penjagaan Kasih Harapan Kota

Read More »

Program KDN Madani

Hari ini telah berlangsung Program KDN Madani anjuran Kementerian Dalam Negeri di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak. Banyak aktiviti yang dilaksanakan antaranya adalah Jualan Rahmah

Read More »