YFBM x Yayasan Undang Luak Johol Santuni Asnaf di Nogori

YFBM x Yayasan Undang Luak Johol Santuni Asnaf di Nogori

27 Julai 2020 – Sebanyak 60 kotak mengandungi beberapa jenis barang makanan kering bersama 30 karton air minuman teh limau disampaikan kepada YM Dato’ Batin Alam Suhut untuk diagihkan kepada beberapa keluarga masyarakat Orang Asli di Kampong Tering dan penempatan yang berdekatan.

Bekalan tersebut adalah sumbangan Yayasan Food Bank Malaysia kepada Yayasan Undang Johol. Selain daripada masyarakat Orang Asli, sumbangan juga akan diagihkan kepada masyarakat Tionghua, India dan Melayu dalam kumpulan B40.

Keutamaan diberi kepada mereka yang belum menerima bantuan daripada Yayasan Food Bank Malaysia yang diagihkan oleh Yayasan Undang Johol dalam bulan Ramadan 1441h dahulu.


#yfbm #undangluakjohol #kitajagakita #foodbank

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram